Didenda RM8.82 juta kerana serang bekas kekasih

JEROME BOATENG - Foto AFP
JEROME BOATENG - Foto AFP
A
A
A

MUNICH - Seorang pemain bola sepak Jerman yang pernah membantu negaranya menjuarai Piala Dunia pada tahun 2014, Jerome Boateng pada Khamis didenda 1.8 juta euro (RM8.82 juta) oleh sebuah mahkamah di Munich selepas didapati bersalah menyerang bekas kekasihnya tiga tahun lalu.

Hukuman denda yang tinggi itu diputuskan selepas Boateng didapati bersalah mencederakan dan menyerang bekas kekasihnya, Sherin Senler.

Selepas hakim, Kai Dingerdissen memberikan keputusan, pemain bola sepak itu bergegas keluar dari mahkamah untuk menaiki kenderaan utiliti lasak berwarna hitam yang dikejar oleh sekumpulan jurugambar.

Boateng, 33, yang menandatangani kontrak dengan kelab Lyon di Perancis pada minggu lalu selepas sedekad beraksi bersama Bayern Munich bertindak menyerang kekasihnya itu semasa bercuti di Caribbean pada tahun 2018.

Pemain pertahanan itu pada awalnya menafikan semua tuduhan tersebut.

Sebelum ini, Senler memberitahu mahkamah bahawa Boateng menumbuknya semasa pertengakaran berlaku antara mereka ketika sedang bercuti dan kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas kejohanan Piala Dunia berlangsung di Rusia. - Agensi

Artikel Berkaitan: