Israel tubuh inquiri siasat tahanan Palestin lolos dari jel

Gambar fail menunjukkan beberapa anggota pihak berkuasa negara haram Israel menyiasat kejadian enam tahanan Palestin berjaya meloloskan diri dari Penjara Gilboa pada Isnin lalu. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa anggota pihak berkuasa negara haram Israel menyiasat kejadian enam tahanan Palestin berjaya meloloskan diri dari Penjara Gilboa pada Isnin lalu. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Israel pada Khamis mengumumkan penubuhan satu suruhanjaya inquiri bagi menyiasat kejadian enam tahanan Palestin berjaya meloloskan diri dari sebuah penjara yang dikawal ketat pada Isnin lalu.

Menteri Keselamatan Awam, Omer Bar Lev dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Naftali Bennett telah bersetuju untuk menubuhkan satu suruhanjaya yang diketuai seorang bekas hakim bagi menyiasat kejadian tersebut.

Beliau juga berikrar bahawa pihaknya akan mencari punca yang menyebabkan tahanan Palestin tersebut berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu perlu mendapatkan kelulusan daripada kabinet Perdana Menteri negara haram Israel.

Penubuhannya dicadang selepas tentera Israel melakukan gerakan memburu enam tahanan tersebut di Israel dan Tebing Barat yang dijajah oleh rejim Zionis.

Lima tahanan itu ialah anggota Jihad Islam manakala seorang lagi ialah Zakaria Zubeidi yang mempunyai kaitan dengan pergerakan Fatah berjaya melarikan diri melalui sebuah terowong yang digali di bawah sinki di bilik penjara Gilboa, utara Israel Isnin lalu.

Setakat ini semua tahanan itu masih belum ditemui atau ditangkap oleh rejim Zionis. - Agensi

Artikel Berkaitan: