X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Jepun tarik diri anjur Kejohanan Kelab Dunia

Bayern Munich meraikan kejayaan muncul juara musim 2020. foto: gettyimages
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Jepun (JFA), mengumumkan menarik diri daripada menganjurkan Kejohanan Kelab Dunia 2021 berikutan situasi semasa kes Covid-19 di negara itu.

Menurut kenyataan media, kerajaan Jepun membuat keputusan berkenaan berikutan peningkatkan kes-kes Covid-19 di beberapa wilayah di negara matahari terbit itu ketika ini.

“Kami (kerajaan Jepun), secara rasmi mengumumkan menarik diri daripada menjadi hos kepada Kejohanan Kelab Dunia berikutan gelombang baharu Covid-19 yang melanda di beberapa daerah di negara ini.

“Gelombang baharu ini juga menyaksikan peningkatan jumlah kes yang dipercayai berlaku akibat berlakunya proses jangkitan yang pantas di beberapa wilayah.

“Kami mengumumkan menarik diri kerana mahu melanjutkan perintah penguatkuasaan di wilayah-wilayah berkenaan,” menurut kenyataan media berkenaan.

Untuk rekod, Kejohanan Kelab Dunia adalah kejohanan tahunan yang menghimpunkan kelab-kelab terbaik dari enam konfederasi bola sepak seluruh dunia melibatkan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kofederasi Bola Sepak Asia (CAF), Gabungan Bola Sepak Persatuan Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF) CONCACAF dan Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC).

Pada peringkat awal, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), memilih China sebagai tuan rumah bagi kejohanan edisi 2021.

Bagaimanapun disebabkan pandemik Covid-19 di negara berkenaan, Jepun dipilih bagi menggantikan China selain negara berkenaan memiliki pengalaman menganjurkan kejohanan berkenaan pada 2016 lalu.

Gergasi Bundesliga, Bayern Munich muncul juara edisi 2020 pada final yang berlangsung pada Februari 2021 lalu berikutan pandemiki Covid-19.

Sementara itu menurut satu kenyataan, FIFA mengesahkan bahawa JFA telah memaklumkan penarikan diri daripada menjadi hos kepada kejohanan berkenaan.

Menurut kenyataan media itu lagi, kejohanan berkenaan dijangka berlangsung pada Disember; namun lokasi baharu akan diumumkan kelak.

“Kejohanan melibatkan 24 pasukan ini akan tetap berlangsung sebagaimana yang ditegaskan Presiden FIFA, Gianni Infantino tahun lalu; cuma mereka masih perlu mencari dan menentukan lokasi baharu bagi memastikan kejohanan berkenaan berlangsung.

“Namun segala butiran lanjut khususnyua berhubung langkah-langkah alternatif bagi tujuan penganjuran kejohanan berkenaan akan diumumkan kelak.

“Apa pun, FIFA mengucapkan terima kasih kepada JFA atas segala kerjasama selain keprihatinan yang ditunjukkan dalam menjaga keselamatan semua pihak,” menurut kenyataan berkenaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!