Pemandu lori rempuh 5 kenderaan dituduh di mahkamah hari ini

Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan di lampu isyarat Jalan Ipoh, akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta hari ini.
Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan di lampu isyarat Jalan Ipoh, akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan di lampu isyarat Jalan Ipoh, akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta, pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 25 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Tertuduh akan didakwa kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Dalam kejadian pada 6 September lalu, lori yang dipandu lelaki terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lima kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat merah.

Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu melibatkan dua Perodua Myvi, Proton X70, Honda HRV serta Peugeot 208 FL.

Nahas mengakibatkan sebuah Perodua Myvi remuk teruk, namun pemandunya hanya mengalami kecederaan ringan.

Hasil ujian saringan air kencing, pemandu lori disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pemandu lori rempuh lima kereta di lampu isyarat

Artikel Berkaitan: