Pakistan buka semula ruang udara

Ribuan penumpang terkandas selepas ketegangan meningkat antara Pakistan dan India pada minggu lalu.
Ribuan penumpang terkandas selepas ketegangan meningkat antara Pakistan dan India pada minggu lalu.
A
A
A

ISLAMABAD - PAKISTAN. Pakistan membuka semula ruang udara negara itu di bandar Lahore bersempadan India yang menandakan ketegangan antara dua negara kuasa nuklear mungkin telah reda.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam memaklumkan Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Lahore kembali beroperasi, semalam selepas ia digantung pada 27 Februari lalu.

Islamabad telah membuka sebahagian ruang udaranya pada Jumaat bagi membolehkan penerbangan dari Karachi, Islamabad, Peshawar dan Quetta beroperasi, namun menggantung operasi di lapangan terbang berhampiran India.

Selain itu, perkhidmatan kereta api yang menghubungkan kedua-dua negara akan disambung semula pada esok selepas digantung selama beberapa hari.

Konflik yang meningkat pada minggu lalu menyebabkan ribuan penumpang terkandas selain memaksa laluan penerbangan dilencongkan ke ruang udara China sebagai langkah keselamatan. - Bloomberg

Artikel Berkaitan: