Covid-19: Kes positif global lebih 223 juta, 4.6 juta kematian

Malaysia ketiga di Asia Tenggara mencatatkan kes positif tertinggi dengan lebih 1.9 juta kes. - Foto Bernama
Malaysia ketiga di Asia Tenggara mencatatkan kes positif tertinggi dengan lebih 1.9 juta kes. - Foto Bernama
A
A
A

LEBIH 600,000 kes positif baharu Covid-19 dikesan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kes global ketika ini melebihi 223 juta.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 40.5 juta kes diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil lebih 20.9 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.1 juta, Malaysia 1.9 juta kes, Thailand 1.3 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 70,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.6 juta.

Data daripada Johns Hopkins University.
Data daripada Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 654,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 584,000 kes, India lebih 441,000 kes, Mexico lebih 265,000 kes, sementara United Kingdom kini catat lebih 134,000 kematian.

Artikel Berkaitan:

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 138,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 34,000 diikuti Malaysia dengan 19,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 13,000 angka korban.