Tuntutan pembaharuan politik Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 400 gagasan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) mengajak rakyat Malaysia bersatu hati dalam membanteras rasuah menerusi satu gerakan kempen besar-besaran Politik #MalaysiaTanpaRasuah yang akan dilancarkan esok.

Antara panel yang bakal menyertai kempen itu dan mengemukakan tuntutan untuk Malaysia lebih bersih ialah Tricia Yeoh daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Tricia berkata, perubahan dan reformasi politik tanpa rasuah perlu digerakkan bersama-sama dengan institusi serta agensi berkepentingan yang tidak dipengaruhi unsur politik.

“Institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara mesti bebas daripada apa-apa campur tangan politik.

“Kumpulan kami berpendapat isu ini kalau dibangkitkan, kebajikan rakyat dapat dibela sebaiknya,” tegas beliau.

Tricia bakal mengemukakan keperluan Akta Pendanaan Politik di Malaysia manakala gabungan lain akan mengutarakan isu Undi 18, recall election dan lain-lain.

Menyentuh mengenai sistem undang-undang Malaysia, Thomas Fann daripada Bersih 2.0 pula berkata, punca segala permasalahan dalam negara adalah rasuah dan gagasan Sabtu ini bakal menuntut pilihan raya untuk memecat wakil rakyat atau recall election.“Budaya rasuah di Malaysia adalah isu lama dan kita perlukan satu mekanisme untuk Akta Cegah Lompat Parti kerana kebanyakan ahli politik ini ‘melompat’ disebabkan ada elemen rasuah.

“Ada yang diberi jawatan kabinet atau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ada juga diberi peruntukan lebih dan wang untuk lompat parti.

Artikel Berkaitan:

“Jadi ini satu budaya politik yang tidak sihat dan amat bahaya kepada demokrasi kita,” kata Thomas.

Bakal sepentas bersama Tricia dan Thomas ialah pemimpin muda, Tharma Pillai daripada Undi18 yang berkata, rasuah merupakan isu polemik yang sudah lama membelenggu negara dan wajar ada gerakan madani daripada rakyat untuk memastikan rasuah diperangi.

“Anak muda adalah generasi masa depan dan kita mesti memastikan generasi ini turut bangkit mencipta negara bangsa yang lebih hebat dan membawa polisi-polisi yang berjiwa rakyat,” tegas Tharma Pillai.