X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Hanya 0.009 kematian Covid-19 babit penerima lengkap dos vaksin

Gambar hiasan. - Foto fail Sinar Harian
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 0.009 peratus, atau 90 per satu juta populasi yang divaksinasi di negara ini meninggal dunia akibat Covid-19, biarpun selesai menerima dua dos lengkap vaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 81 peratus mempunyai penyakit komorbiditi, serta 80 peratus daripada mereka berusia atas 60 tahun.

Beliau berkata, biarpun itu adalah situasi yang berlaku di seluruh dunia, peratusan yang dicatatkan itu menggambarkan vaksinasi di negara ini berkesan, tanpa mengira jenis vaksin.

“Saya ingin memaklumkan, dan data ini turut keluar dalam GitHub, kita terima pertanyaan mengenai breakthrough death, saya nak nyatakan, kita semua dah lihat data terperinci, dan vaksin ini berkesan, dan vaksin ini menyelamatkan nyawa.

“Tak kira jenis apa pun, ia akan beri perlindungan bagi kita, tetapi masih berlaku sedikit breakthrough death. Kita dapati bahawa dos lengkap, daripada populasi negara, yang dapat dua dos lengkap tetapi meninggal dunia adalah 0.009% 90 per one million population,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Khairy berkata, dengan data ini, beliau berharap agar masyarakat dapat terus memberi keyakinan serta terus mendapatkan perlindungan daripada COVID-19 melalui program vaksinasi sedia ada.

Dalam pada itu, beliau berkata, lebih banyak penilaian harus dilakukan terhadap data dan kes semasa, sebelum Kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri.

Jelasnya lagi, beliau akan terus mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dari semasa ke semasa.

“Setelah kami merasakan telah tiba masa yang bersesuaian, kami akan memanjangkan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Buat masa ini saya harap kita semua bersabar sedikit, dan benarkan kami melihat semua penunjuk aras,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai sebilangan kes tekanan perasaan individu yang tidak dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa dengan ahli keluarga mereka.- Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!