Enam lokaliti Sabah, Pahang dikenakan PKPD

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Enam lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 11 September hingga 24 September depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Sabah membabitkan lima lokaliti di Kampung Lembah Permai, Ranau; Kampung Desa Aman, Ranau; Sekolah Henry Gurney, Keningau; Taman Sungai Labuk, Beluran dan Kampung Timug Matunggong, Kudat.

"Di Pahang pula membabitkan Kampung Kuala Koyan, Mukim Ulu Jelai, Lipis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan pelanjutan PKPD bagi tujuh lokaliti di Dungun, Terengganu sehingga 24 September depan.

“Lokaliti tersebut melibatkan Bandar Paka; Gong Gemia; Cacar Baru; Limbong; Kuala Paka; Taman Indah Permai dan Telaga Mas.

"Setelah meneliti pembentangan KKM dan situasi semasa, Kampung Sungai Iman, Tawau; Kampung Kapakaan, Keningau dan Kampung Paris 3, Kinabatangan ditamatkan pada 10 September seperti yang dijadualkan," katanya.

Artikel Berkaitan: