X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

KKM kaji penggunaan ubat-ubatan lain rawat pesakit Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan selain Baricitinib untuk merawat pesakit Covid-19, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

Bercakap pada sesi dialog Sidang Kemuncak Pemulihan Negara pada Khamis, Dr Hishamshah berkata, ubat-ubatan itu akan menjadi sebahagian daripada kumpulan ubat yang kini digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 dalam kategori kritikal.

“Ia menjadi satu cabaran pada kita. Bagaimanapun Malaysia telah secara aktif terlibat dalam banyak ujian klinikal untuk rawatan Covid-19 dan telah mengambil bahagian dalam Ujian Solidariti untuk Rawatan Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kita juga sedang menggunakan Baricitinib, sejenis ubat baharu dan kita sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan lain yang mungkin akan mendapat kebenaran penggunaan di bawah Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) dalam masa terdekat, serta kita sedang berbincang mengenai perkara itu dengan pihak pengeluar,” katanya pada sidang yang diadakan secara maya itu, anjuran Institut Strategik Bagi Asia Pasifik KSI.

Sementara itu, Dr Hishamshah berkata, KKM sedang meneliti kaedah untuk memudahkan golongan B40 mendapatkan kit ujian pantas antigen Covid-19.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini berkata, kerajaan akan terus menyemak semula harga kit ujian kendiri itu bagi menjadikan kit tersebut mampu dimiliki semua pihak.

Minggu lepas kerajaan menetapkan harga siling kit ujian pantas antigen Covid-19 pada RM19.90 setiap set dan harga borong RM16 setiap set, berkuat kuasa 5 September lepas. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!