Aaron-Wooi Yik dapat habuan lagi

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (kanan) menyampaikan ganjaran kepada Aaron dan Wooi Yik di Akademi Badminton Malaysia pada Khamis.
Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (kanan) menyampaikan ganjaran kepada Aaron dan Wooi Yik di Akademi Badminton Malaysia pada Khamis.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) meraikan pencapaian beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bukan lalu dengan pemberian insentif RM120,000.

Selain itu, pengendali pasangan nombor lapan dunia itu Flandy Limpele turut menerima habuan RM30,000 selepas membawa anak buahnya meraih pencapaian terbaik pada penampilan pertama di temasya di sukan terbesar dunia tersebut.

Pada majlis di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Jalil itu juga Aaron-Wooi Yik juga menerima menerima insentif tambahan RM60,000 daripada penaja mereka 100PLUS.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria juga mengumumkan pemenang pingat emas badminton Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang pertama Cheah Liek Hou juga akan menerima insentif RM200,000, manakala jurulatihnya Datuk Rashid Sidek akan menerima RM50,000.

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik menang gangsa selepas menewaskan pasangan pilihan kedua dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17 dan 21-1 4, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Musashino Forest Sports Plaza, pada 31 Julai.

Sementara Liek Hou pula menewaskan pemain nombor satu dunia Dheva Anrimushti dari Indonesia, 21-17, 21-15 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 di Yoyogi National Stadium pada 4 September.

Artikel Berkaitan: