Ravi akan bantu Aminuddin urus parti

Ravi
Ravi
A
A
A

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk M Ravi memaklumkan, beliau akan mengantikan tempat pengerusi untuk kendalikan segala program dan mesyuarat yang membabitkan parti, sekiranya Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Aminuddin Harun tiada.

Beliau berkata, jika Pengerusi MPN terlalu sibuk dan tidak dapat menghadiri mesyuarat parti disebabkan terikat hal membabitkan kerajaan negeri, beliau akan menguruskan perkara tersebut bagi memastikan program parti terus berjalan.

"Kalau beliau sibuk, saya akan uruskan mesyuarat itu, kalau boleh selepas ini setiap bulan akan ada mesyuarat. Jika ada masalah kecil kita akan selesaikan melalui Biro Politik, kita tidak mahu sesuatu masalah itu menjadi besar, oleh itu kita akan selesaikan segera apa jua masalah yang timbul selepas ini.

"Semasa mesyuarat tadi, Pengerusi MPN juga mengakui ada berlaku kelemahan dan berjanji akan terus perbaiki setiap kelemahan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ravi turut memberitahu, mereka juga sebulat suara bersetuju selepas ini MPN tidak akan menangguhkan lagi mesyuarat, jika ada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selepas ini, mereka akan adakan mesyuarat melalui dalam talian.

Mengulas mengenai pemecatan Ketua Penerangan PKR negeri, Yusof Tapar memaklumkan keputusan tersebut sudah dipersetujui oleh Presiden parti dan ia hanya dipecat dalam jawatan sahaja, bukan dilucut keahlian.

"Kita telah dapat persetujuan daripada pimpinan pusat, kita tidak lucut keahliannya, hanya jawatan sahaja dipecat kerana melakukan sesuatu tanpa mengikut saluran.

"Hanya jawatan sahaja dipecat tetapi selepas ini mungkin kita akan letakkan beliau di posisi lain dalam parti kerana beliau adalah orang lama dan tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan makin meruncing apabila Yusof Tapar dipecat sebagai Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan berkuat kuasa pada Rabu, selepas membuat kenyataan akhbar mengenai masalah dalaman parti pada Ahad.

Surat pemecatan beliau ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

ARTIKEL BERKAITAN: Aminuddin kekal Pengerusi PKR NS