Pekerja penyelenggaraan cedera dihempap tiang antena

Pekerja penyelenggaraan yang cedera akibat dihempap tiang antena.
Pekerja penyelenggaraan yang cedera akibat dihempap tiang antena.
A
A
A

AMPANG - Seorang pekerja penyelenggaraan cedera akibat dihempap tiang antena di atas sebuah bangunan di Taman Mawar di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 12.21 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Seorang lelaki berusia 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat dihempap antena di atas sebuah bangunan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Norazam berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untung menerima rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: