Empat pegawai kanan GLC direman empat hari

Empat suspek diiringi pegawai SPRM Kedah untuk permohonan reman di Mahkamah Masjistret Alor Setar pada Khamis.
Empat suspek diiringi pegawai SPRM Kedah untuk permohonan reman di Mahkamah Masjistret Alor Setar pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR- Empat pegawai kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan kedudukan membabitkan dana bernilai kira-kira RM2.2 juta pada 2016 sehingga 2019.

Penolong Pendaftar Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan empat individu tersebut direman selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Khamis.

Suspek berusia 49 hingga 58 tahun tersebut direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan SPRM Negeri Kedah menahan empat pegawai kanan sebuah syarikat GLC bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan kedudukan mereka.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan perkara tersebut dan empat individu berkenaan ditahan antara jam 3.45 petang hingga 4.15 petang pada Rabu selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

Artikel Berkaitan: