JSJK siasat 683 kes ah long

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 683 kes pinjaman wang tidak berlesen melibatkan jumlah pinjaman hampir RM2 juta dilaporkan sehingga 31 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, jumlah tersebut merupakan kes yang dicatatkan sejak Januari tahun ini.

"Sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 683 kes disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM 2,918,031.93.

"Sejak Januari sehingga Ogos 2021 ini juga, JSJK telah menangkap seramai 801 ah long," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara bagi tempoh setahun ini telah mengakibatkan ramai yang kehilangan pekerjaan sekali gus mengakibatkan mereka hilangan punca pendapatan untuk menyara kehidupan sehingga ada yang terpaksa meminjam daripada ah long.

"Tindakan ini secara tidak langsung memberikan kesan besar di kemudian hari sehingga mengakibatkan peminjam terpaksa menanggung hutang yang besar," katanya.

Menurutnya, pihaknya sentiasa memantau dan mengenal pasti sindiket pinjaman wang tidak berlesen ini.

"Pemantauan dan risikan berterusan sentiasa dijalankan bagi mengesan ah long yang didapati bergerak aktif di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai turut dinasihatkan agar membantu pihak polis dengan menyalurkan sebarang aktiviti melibatkan jenayah komersil," katanya.