Pasangan kembar cari ibu kandung

Muhammad Rayyan Farris (kiri) dan Muhammad Rayyan Harris menunjukkan laporan polis bagi menjejaki ibu kandung mereka yang terpisah selepas diserahkan kepada keluarga angkat.
Muhammad Rayyan Farris (kiri) dan Muhammad Rayyan Harris menunjukkan laporan polis bagi menjejaki ibu kandung mereka yang terpisah selepas diserahkan kepada keluarga angkat.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Dua beradik kembar dari Kampung Pengkalan Bujang, Merbok, Kedah memohon orang ramai menjejaki ibu kandung mereka yang terpisah sejak lahir.

Ibu angkat pasangan kembar itu, Rokiah Ramli,48 berkata, kedua-dua mereka berada dalam jagaannya sejak diserahkan ibu kandungnya, Norhidayah Othman, 23 selepas dilahirkan 11 tahun lalu.

Menurutnya, ketika itu, Norhidayah memaklumkan dia mempunyai masalah dan meminta keluarganya itu membantu menjaga bayi kembar tersebut buat sementara waktu manakala dia difahamkan pulang ke Kuala Lumpur.

"Kami bersetuju menerima dengan hasrat membantu menjaga dua beradik kembar, Muhammad Rayyan Farris dan Muhammad Rayyan Harris Abdullah sebab ibu mereka tidak dapat jaga mereka ketika itu.

"Namun, dua tahun selepas itu, kami tidak dapat hubungi ibu kandung bayi terbabit dan terus terputus hubungan," katanya.

Dalam pada itu, Rokiah berkata, dia mengambil keputusan untuk membuat pengambilan anak angkat secara sah setelah sekian lama menjaga dua beradik kembar itu yang kini dianggap sebagai ahli keluarga.

"Pengambilan anak angkat juga bertujuan memudahkan proses seterusnya bagi membolehkan Harris dan Farris melanjutkan pelajaran mahupun melengkapkan dokumen yang diperlukan pihak berkenaan.

"Bagaimanapun, dokumen penting termasuk proses pengambilan anak angkat kedua-dua beradik itu tidak dapat dilengkapkan melainkan dengan pengesahan ibu kandung.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kami mohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai Norhidayah Othman yang kini berusia 34 tahun dan mengetahui di mana dia berada, boleh berhubung menerusi talian 019-5259451,"katanya.

Dia berkata, mengikut maklumat yang diperolehi, kedua-dua kembar itu dilahirkan pada 8 Mac 2010 dan laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu sebagai rujukan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi berkaitan.