X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

75 peratus pekerja pembersihan awam di Pahang sudah lengkap divaksin

Sebanyak 1500 pekerja sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin - Sharudin Hamid
A
A

KUANTAN - Sebanyak 75 peratus daripada 2,800 pekerja pembersihan awam di seluruh Pahang sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,500 pekerja sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Menurutnya, kini berbaki 25 peratus lagi pekerja yang masih belum menerima suntikan.

"Pemberian vaksin kepada kira-kira 700 pekerja pembersihan awam ini sedang dilakukan secara berperingkat. Mereka (pekerja) juga boleh mendapatkan vaksinasi secara terus (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar daerah ini.

"Kita jangkakan kesemua pekerja ini menerima suntikan vaksin bagi dos pertama dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada 14 April lalu, seramai 558 kakitangan Alam Flora Kuantan dan ahli keluarga mereka diminta menjalani ujian calitan, sebelum menjalani kuarantin selepas tercetus Kluster Indera Mahkota yang dikatakan berpunca dari tempat kerja.

Insiden itu menyebabkan SWCorp terpaksa meminta bantuan kakitangan Alam Flora dari daerah lain bagi membantu menguruskan kutipan sisa pepejal domestik di daerah ini mengikut jadual ditetapkan.

Sehubungan itu, Sharudin berkata, pihaknya berpuas hati kerana pekerja pembersihan awam sudah diberikan vaksin selepas perkara itu dikemukakan kepada pihak kerajaan Pahang.

Jelasnya, pekerja pembersihan awam juga antara petugas barisan hadapan dan perlu keluar setiap hari untuk menjalankan tugas mereka.

“Selagi mereka tidak mendapat vaksin, saya fikir perkara ini boleh berlaku lagi dan kita bukan sahaja risau dengan keselamatan pekerja semata, tapi nasib ahli keluarga mereka jika didapati positif Covid-19,” katanya


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!