X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Superkomputer ramal Ronaldo tak mampu bawa United julang EPL

Ronaldo (kanan) mengakui kembali ke United untuk membantu pasukan itu menjulang piala.
A
A

SUPERKOMPUTER meramalkan Manchester United hanya mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan keempat musim ini walaupun diperkuatkan dengan kehadiran Cristiano Ronaldo.

Menurut data daripada Infogol, City diramal akan muncul juara disusuli Chelsea di tempat kedua dan Liverpool melengkapkan kelompok empat pasukan terbaik di kedudukan ketiga.

Pengiraan dibuat Superkomputer itu berdasarkan jangkaan kepada keputusan perlawanan EPL yang bakal dilalui oleh semua pasukan.

Jika berdasarkan data tersebut, ia akan menyaksikan satu lagi musim menghampakan buat United walaupun Ronaldo sebelum ini berkata dia kembali ke Old Trafford untuk memenangi piala.

Pemain berusia 36 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun untuk kembali bersama The Red Devils selepas 12 tahun meninggalkan kelab tersebut.

Bekas pemain Juventus itu akan bersama beberapa pemaina baharu United iaitu Jadon Sancho dan Raphael Varane dengan harapan kehadiran ketiga-tiga pemain itu akan memastikan United dapat menamatkan penantian menjulang trofi EPL sejak 2013.

"Saya mempunyai sejarah gemilang bersama kelab ini. Saya telah berada di sini sejak berumur 18 tahun dan sudah tentu saya gembira untuk kembali ke sini selepas 12 tahun.

"Saya berpindah daripada Juventus ke Manchester dan akan menjadi babak baharu dalam karier saya. Saya sungguh gembira dan saya mahu membantu pasukan mencipta sejarah, mencapai keputusan yang bagus dan memenangi trofi dengan mereka," kata Ronaldo baru-baru ini.

Pemenang empat kali Ballon d'Or itu juga mungkin pelu menumpukan kepada saingan lain seperti Piala FA dan Piala Liga Inggeris jika ingin menjulang trofi bersama United.

Dalam pada itu, Infogol turut meramalkan Tottenham Hotspur mengakhiri EPL di bawah kelompok enam pasukan terbaik selain pendatang baharu liga iaitu Norwich City akan tersingkir bersama Watford dan Crystal Palace.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!