Kerajaan lancar pas perjalanan tanpa had My100, My50

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kerajaan melancarkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemudahan itu yang akan bermula di Lembah Klang pada 1 Januari 2019, turut akan diperluaskan ke negeri lain pada masa akan datang.

“Sebagai percubaan kita akan mula di Kuala Lumpur supaya kita dapat tahu sekiranya ada kelemahan untuk diperbetulkan.

“Ini yang menjadi pemikiran PH untuk mengurangkan beban rakyat agar mereka boleh menikmati kehidupan lebih sempurna,” katanya pada majlis pelancaran pas My100 dan My50 di KL Sentral, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi. - Bernama
Artikel Berkaitan: