Ikat kerusi, meja supaya pelanggan patuh SOP

Tali diikat pada dua meja bagi memastikan pelanggan patuhi SOP ketika berada di restoran.
Tali diikat pada dua meja bagi memastikan pelanggan patuhi SOP ketika berada di restoran.
A
A
A

KUANTAN - Pemilik sebuah restoran di daerah ini mengambil inisiatif dengan mengikat tali pada setiap kerusi dan meja bagi mengelak pelanggan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di kedai makan.

Pemilik restoran terbabit yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassa berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan hanya dua pelanggan duduk di sebuah meja.

"Kalau kita tidak buat begini pelanggan akan duduk berkumpul sedangkan SOP untuk satu meja, hanya dua pelanggan dibenarkan.

"Jadi, bagi mengelak dikenakan kompaun, lebih baik kita buat langkah seperti ini dan pelanggan pasti dapat mematuhi peraturan terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mohamad Noor (kiri) memuji tindakan pemilik restoran terbabit.
Mohamad Noor (kiri) memuji tindakan pemilik restoran terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Assisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, inisiatif pemilik restoran di negeri ini wajar dicontohi dalam memastikan pelanggan mematuhi peraturan ketika makan di dalam premis terbabit.

"Walaupun keadah ini seakan kuno, tetapi ia berkesan kerana pelanggan tidak dapat menarik kerusi untuk berbual-bual.

"Kita boleh nampak pemilik kedai ini bersungguh-sungguh memastikan pelanggan patuhi syarat dan mengelak dikenakan kompaun," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Noor mengingatkan hanya individu lengkap dua dos vaksin dibenarkan makan di kedai makan.

Selain lengkap dua dos vaksin, pelanggan perlu mematuhi jarak fizikal serta meja restoran, pemeriksaan suhu dan mematuhi protokol kesihatan.

“Gunakan kelonggaran dan kemudahan yang diberikan ini sebaik mungkin, jangan ambil kesempatan.

“Pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan di premis-premis dan orang ramai supaya terus mematuhi SOP,” katanya.