X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

MAIS salur dana RM56,500 bantu 565 keluarga terputus pendapatan

Wakil MAIS (kiri) menyerahkan sumbangan kepada RSAFM untuk diagihkan kepada keluarga terjejas akibat pandemik.
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan peruntukan berjumlah RM56,500 kepada 565 keluarga terputus pendapatan di lima daerah di Selangor.

MAIS dalam kenyataannya memaklumkan, bantuan itu disalurkan bagi membantu keluarga terjejas meneruskan kehidupan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan itu, daripada 565 keluarga itu, seramai 192 penerima dari daerah Petaling, Hulu Selangor (79), Gombak (104), Sabak Bernam (105) dan Klang (85).

"Bantuan yang mereka terima berbentuk makanan asasi seperti beras, minyak, gula, tepung dan sebagainya," kata kenyataan itu menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi MAIS pada Rabu.

Kenyataan itu memaklumkan, sebanyak 39 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) terdiri daripada masjid dan surau di lima daerah terlibat membantu MAIS menyalurkan sumbangan terus kepada penerima yang telah dikenal pasti.

"MAIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada RSAFM yang banyak membantu dalam mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan terutamanya ketika PKP ini," jelas kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan itu memberitahu, MAIS juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah di negeri Selangor.

"Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!