Jangan takut anak muda ramai dalam Parlimen

Parlimen
Parlimen
A
A
A

RAMAI berkata semboyan telah berbunyi apabila Mahkamah Tinggi Kuching mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan bersiap sedia untuk melaksanakan Undi 18 sebelum 31 Disember ini. Kelihatan juga paluan gendang pilihan raya bakal bergema tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah ini memerlukan gerak kerja pantas serta penyelarasan data terkini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada 3 September lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Apabila kita menyorot kembali sejarah, keberadaan pimpinan muda dalam politik negara khususnya di Parlimen bukanlah perkara baharu.

Contohnya, bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dipilih sebagai anggota Parlimen Malaysia pada 1976 pada usia 23 tahun.

Selain Najib, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut merupakan menteri penuh termuda yang dilantik pada usia 25 tahun.

Sebenarnya ramai terlupa mengapa Undi 18 menjadi tuntutan anak muda. Anak muda merasakan suara mereka tidak didengari, kepentingan dan keperluan mereka terpinggir sehingga mereka bangkit menuntut hak mereka melalui Undi 18.

Ada yang mempersoalkan apakah remaja berumur 18 tahun sudah matang untuk terlibat dengan politik negara? Kita tidak akan tahu sehingga kita beri peluang itu.

Tatkala kita mempertikaikan kemampuan mereka, cuba lihat hasil inovasi pelajar-pelajar universiti menghasilkan pelbagai projek robotik dan kajian-kajian sains yang menjadi alternatif pelbagai masalah.

Contoh paling dekat dengan kita, pelajar pintar dan kini menjadi pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri yang kini bertugas di London.

Beliau banyak menyumbang kepada sektor perubatan. Malahan beliau menggunakan media sosialnya untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kesihatan dan perubatan.

Artikel Berkaitan:

Namun, sejak dua bulan kebelakangan ini semakin ramai ahli politik Malaysia mula mempunyai akaun TikTok. Kenapa ya? Ingin memancing undi anak mudakah?