Piala Emas Raja-Raja ditunda ke 2022

Perlawanan akhir Piala Emas Raja-raja 2019 yang dimenangi MISC (biru), mengalahkan Kuala Lumpur 2-1.
Perlawanan akhir Piala Emas Raja-raja 2019 yang dimenangi MISC (biru), mengalahkan Kuala Lumpur 2-1.
A
A
A

KEJOHANAN bola sepak Piala Emas Raja-Raja (PERR) tahun ini ditunda ke 2022, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Kamarulnizam Mohamad Sharip.

Beliau berkata, edisi ke-80 kejohanan itu terpaksa ditangguhkan setelah mengambil kira keselamatan pemain, pegawai setiap pasukan serta individu lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pertandingan tersebut.

Beliau berkata, keputusan itu turut dibuat berikutan status penganjuran kejohanan tersebut yang masih belum mendapat kelulusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pihak Ahli Jawatankuasa PBSMM berharap agar wabak Covid-19 dapat ditangani secepat mungkin dan semoga segala perancangan yang diatur dapat dijalankan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: