Boon Poh ketuai Pasukan Bertindak Kecemasan Pulau Pinang

 Phee Boon Poh
Phee Boon Poh
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang melantik Exco Alam Sekitar dan Kebajikan, Phee Boon Poh mengetuai Pasukan Bertindak Kecemasan Negeri dalam menggerakkan sumber perlu terutama dalam menghadapi peningkatan pandemik Covid-19 ketika ini.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang: Pengurusan Covid-19.

Menurutnya, pelantikan itu antara susulan daripada komitmen kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk menambah baik pengurusan tempoh tindak balas atau ‘response time’ dari pusat panggilan antara 24 hingga 48 jam bagi memantau pesakit Covid-19 atau kontak rapat kepada seseorang yang disahkan positif.

"Peranan-peranan bakal dimainkan oleh pasukan berkenaan seperti bekerjasama rapat dengan JKNPP bagi menambah baik pengoperasian Pusat Panggilan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau CAC Call Centre.

"Pasukan ini juga akan melakukan penambahbaikan perkhidmatan panggilan berserta penyediaan keperluan logistik pesakit ke pusat-pusat rawatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) serta lain-lain berkaitan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kon Yeow berkata, pasukan yang diketuai Boon Poh itu juga akan memobilisasikan sumber tenaga perlu termasuk sukarelawan di bawah platform Gabungan PgCare atau PgCare Alliance untuk pengurusan atau keperluan mereka dikenal pasti.

Katanya, mereka akan mengenal pasti serta menambah baik keperluan pusat-pusat rawatan dan perubatan bagi memastikan sistem perubatan negeri tidak lumpuh sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: