SPRM Kedah tahan empat pegawai kanan GLC

SPRM Kedah menahan empat pegawai kanan sebuah syarikat GLC bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa.
SPRM Kedah menahan empat pegawai kanan sebuah syarikat GLC bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah pada Rabu menahan empat pegawai kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan kedudukan membabitkan dana bernilai kira-kira RM2.2 juta.

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek yang berumur antara 49 hingga 58 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah antara jam 3.45 petang dan 4.15 petang selepas hadir memberi keterangan.

Katanya, siasatan awal mendapati Ketua Pegawai Eksekutif bersama tiga lagi pegawai kanan syarikat terbabit menyalurkan dana syarikat yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta pada tahun 2016 sehingga 2019 ke dalam dua buah syarikat lain.

"Kesemua suspek disyaki mempunyai kepentingan dalam kedua-dua syarikat berkenaan," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada Khamis untuk permohonan reman.

Artikel Berkaitan: