SOP aktiviti sukan negeri Fasa 1 PPN dilonggarkan

Kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri yang berada di bawah Fasa Satu PPN berkuat kuasa Jumaat ini. - Foto Bernama
Kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri yang berada di bawah Fasa Satu PPN berkuat kuasa Jumaat ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang bermesyuarat pada Rabu bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri yang berada di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara ketetapan yang diputuskan jawatankuasa ialah membenarkan aktiviti sukan 'indoor' (kawasan tertutup), kecuali gimnasium, kepada individu yang lengkap dos vaksin.

"Kemudahan sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang lengkap divaksin.

"Penggunaan kemudahan ini perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta MKN dan akan berkuat kuasa Jumaat ini," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sektor perdagangan dan pengedaran, perniagaan kedai bunga, kedai peralatan aktiviti luar (outdoor) dan galeri perumahan turut dibenarkan beroperasi mulai Jumaat ini bagi negeri Fasa Satu PPN.

Selain itu katanya, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, pendandan rambut dan salon kecantikan dibenarkan untuk negeri yang dikategorikan dalam Fasa Dua dan Tiga PPN.

Artikel Berkaitan: