Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh sokongan belian yang sederhana untuk unit tempatan.
Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh sokongan belian yang sederhana untuk unit tempatan.
A
A
A

RINGGIT meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh sokongan belian yang sederhana untuk unit tempatan, kata ahli ekonomi.

Pada jam 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1495/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1545/1560 semasa ditutup pada Selasa.

Bercakap kepada Bernama, Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pergerakan ringgit positif hari ini, walaupun dalam jajaran kecil.

Pada amnya, katanya ringgit telah mencatat kemajuan yang baik sejak pertengahan Ogos apabila mencecah paras RM4.24.

“Sehubungan itu, mungkin terdapat aktiviti pengambilan untung berdasarkan unit tempatan yang meningkat sejak sebulan yang lepas.

“Kita juga dapat menyaksikan rizab pertukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) telah naik sehingga AS$116.3 bilion pada 30 Ogos, 2021 daripada AS$111.3 bilion pada 13 Ogos,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, statistik terkini turut menunjukkan bahawa dana asing merupakan pembeli bersih untuk ekuiti dan bon, dengan pembelian bersih, masing-masing sebanyak RM1.1 bilion dan RM6.6 bilion pada Ogos.

Oleh itu, katanya dana asing agak membina untuk aset kewangan Malaysia dan secara tidak langsung, ringgit.

Artikel Berkaitan:

Dalam tempoh terdekat, ringgit dilihat menggalakkan berikutan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dijangka tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan program pembelian asetnya manakala BNM dijangka akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada mesyuarat dasar monetari kelimanya esok.

Pada penutup, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0828/0857 daripada 3.0902/0918 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.9026/9068 daripada 4.9314/9332 sebelum ini.

Ia turut naik berbanding yen Jepun kepada 3.7632/7672 daripada 3.7785/7799 semalam dan meningkat berbanding pound kepada 5.7082/7129 daripada 5.7403/7423 sebelum ini. - Bernama