Kuala Lumpur, Putrajaya beralih Fasa Dua PPN Jumaat ini

Mulai 10 September ini Wilayah Persekutuan akan masuk ke fasa dua. - Gambar hiasan Foto 123RF
Mulai 10 September ini Wilayah Persekutuan akan masuk ke fasa dua. - Gambar hiasan Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada 10 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Labuan pula akan dijadikan seperti Pulau Langkawi, Kedah yang dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September.

Beliau mengingatkan supaya masyarakat khususnya warga kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Shahidan turut melancarkan pusat jahitan untuk gelandangan ketika membuat tinjauan di Anjung Kelana.
Shahidan turut melancarkan pusat jahitan untuk gelandangan ketika membuat tinjauan di Anjung Kelana.

“Mulai 10 September ini Wilayah Persekutuan akan masuk ke fasa dua. Labuan sama seperti Langkawi,” katanya selepas meninjau tapak dan hasil produk pertanian kebun bandar Hijrah Warrior di Taman Desa, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam sidang media sama, Shahidan turut mengumumkan Hijrah Warrior Mart bakal memasarkan hasil produk pertanian dari Hiliran Anjung Kelana memulakan operasi pertamanya pada 1 Oktober nanti.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pembukaan Hijrah Warrior Mart yang pertama itu akan dikendalikan sekumpulan empat gelandangan dan beroperasi di Teratak Muhibah Taman Desa.

Hijrah Warrior merupakan kelompok gelandangan yang diselamatkan di sekitar Kuala Lumpur semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan diberi bimbingan serta motivasi supaya dapat bersama masyarakat lain.