Kekurangan elemen dalam siasatan punca Noor Ehsanuddin dilepaskan

Abu Zahar
Abu Zahar
A
A
A

PUTRAJAYA - Penarikan 29 pertuduhan rasuah terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid adalah disebabkan elemen kekurangan dalam siasatan.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, keputusan pendakwaan pada awal Februari 2019 oleh Peguam Negara serta pengurusan dan pentadbiran SPRM ketika itu turut dibuat tanpa pertimbangan yang menyeluruh.

"Tindakan kes diambil ketika itu adalah tidak telus dan tidak profesional yang lebih menjurus kepada kepentingan politik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, akibat tindakan tersebut, pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya.

"Saya dan kesemua ahli jawatankuasa LPPR SPRM tidak mahu suruhanjaya ini dipolitikkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Beliau berkata, segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku sebelum ini tidak akan diulangi.

"Prinsip semak dan imbang yang diamalkan sekarang hendaklah dilaksanakan dengan bijak, telus dan bertanggungjawab serta penuh integriti," ujarnya.

Pada minggu lalu, Noor Ehsanuddin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada kesemua pertuduhan rasuah yang dihadapinya selepas pihak pendakwaan bertindak menarik balik pendakwaan.

Artikel Berkaitan:

Noor Ehsanuddin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada kesemua pertuduhan rasuah yang dihadapinya selepas pihak pendakwaan bertindak menarik balik pendakwaan. - Foto Bernama
Noor Ehsanuddin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada kesemua pertuduhan rasuah yang dihadapinya selepas pihak pendakwaan bertindak menarik balik pendakwaan. - Foto Bernama

Noor Ehsanuddin, 58, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 14 pertuduhan menerima rasuah bagi bayaran ansuran kenderaan berjumlah RM23,540.68 daripada sebuah syarikat percetakan, Karya Hidayah Sdn Bhd pada tahun 2014 dan 2015.

Kenderaan itu difahamkan adalah sebuah kereta jenis BMW 3 Series.

Di Mahkamah Johor Bahru pula, beliau berdepan dengan 10 pertuduhan termasuk menerima wang suapan berjumlah RM50,000 dan sebidang tanah daripada syarikat sama pada tahun 2013 dan 2014.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pula, Noor Ehsanuddin turut menghadapi lima pertuduhan menerima benda berharga iaitu penyelenggaraan dua buah kenderaan dan yuran guaman bagi pembelian tanah bernilai RM12,707.60.

Sementara itu, Abu Zahar berkata, LPPR memandang serius berhubung isu penarikan balik kes-kes yang sedang dalam perbicaraan.

"LPPR mengambil maklum bahawa penarikan balik kes berkenaan adalah berasaskan fakta baharu daripada siasatan lanjut setelah tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 ketika perbicaraan.

"Dalam hal ini, LPPR tidak bertolak ansur demi menjaga imej, kredibiliti dan integriti SPRM," jelas beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan tarik balik 29 pertuduhan berasaskan fakta

Bekas ahli lembaga Felda bebas 29 tuduhan rasuah