Harga RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga RON97 naik daripada RM2.72 kepada RM2.73 seliter. - Foto Bernama
Harga RON97 naik daripada RM2.72 kepada RM2.73 seliter. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter iaitu daripada RM2.72 kepada RM2.73 seliter bermula esok hingga 15 September ini.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Kenyataan itu menyatakan, kerajaan juga terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan: