Sindiket seludup rokok RM1.32 juta di Lembah Klang tumpas

Sebanyak 107 kotak rokok mengandungi 6,000 karton rokok dirampas
Sebanyak 107 kotak rokok mengandungi 6,000 karton rokok dirampas
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai tokan rokok seludup ditahan bersama 6,000 karton rokok bernilai RM 1,324,592 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Salak South Baru di sini pada Selasa.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan jam 4.14 petang itu dijalankan oleh pasukan dari Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras.

"Jumlah keseluruhan rampasan rokok disyaki tidak bercukai adalah sebanyak 107 kotak mengandungi 6,000 karton atau 1,106,400 batang rokok. Jumlah keseluruhan anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM 1,324,592.00," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Rumah yang disewa tersebut dijadikan sebagai stor
Rumah yang disewa tersebut dijadikan sebagai stor

Menurutnya, suspek berusia 51 tahun itu menggunakan premis tersebut yang disewanya untuk dijadikan stor penyimpanan sebelum mengedar rokok tersebut.

"Serbuan ini berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dan penjualan rokok tidak bercukai di sekitar Lembah Klang," katanya

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: