X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Samun kedai emas: 13 individu termasuk tiga wanita ditahan

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rompakan di sebuah kedai emas di Taman Usahawan, Kepong pada 22 Ogos lalu. Gambar kecil: Eng Lai
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 13 individu termasuk tiga wanita ditahan dalam serbuan berasingan pada Sabtu dan Ahad lepas bagi membantu siasatan berhubung kes samun bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana Kepong di sini pada 22 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua tangkapan merupakan warga tempatan berusia antara 24 hingga 34 tahun itu ditahan di Wangsa Maju.

"Hasil semakan mendapati mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah membabitkan samun, curi kenderaan dan dadah," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Eng Lai memaklumkan kesemua tangkapan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, seorang suspek memasuki premis kedai emas berkenaan sebelum tiga lagi rakannya bersenjatakan kapak dan tukul besi masuk tidak lama kemudian.

Semua suspek memakai topi keledar dan penutup muka memecahkan cermin kaunter dan almari pameran barang kemas, sebelum beredar dalam tempoh satu minit.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru empat lelaki rompak kedai emas


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!