KPWKM peruntuk RM1.5 bilion bantu kanak-kanak, warga emas, OKU

Rina (kiri) menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada penerima di Sungai Pelek, di sini pada Rabu.
Rina (kiri) menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada penerima di Sungai Pelek, di sini pada Rabu.
A
A
A

SEPANG - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyalurkan bantuan sekitar RM1.5 bilion kepada golongan kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU), dan warga emas setakat Julai lalu.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, peruntukan tersebut meliputi 11 jenis bantuan bagi golongan tersebut yang disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, antara negeri tertinggi yang menerima bantuan daripada JKM ialah Sabah yang mencatatkan jumlah penerima sebanyak 63,641 kes dan bantuan sejumlah RM174 juta, diikuti Johor (52,567 kes, RM152 juta); Sarawak (50,883 kes, RM143 juta); Kelantan (46,752 kes, RM127 juta); dan Selangor (44,764 kes, RM126 juta).

“Peruntukan kali ini lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM1.8 bilion untuk sepanjang tahun.

“Saya berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak mampu untuk menyara ketiga-tiga keluarga itu bagi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya selepas menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada penerima di Sungai Pelek, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Rina turut menggalakkan orang ramai membuat permohonan bantuan tersebut dalam talian melalui Sistem Pengurusan Bantuan Jabatan Kebajikan di laman sesawang http://ebantuanjkm.jkm.gov.my.

Ujarnya, permohonan boleh terus diproses dan dokumen dikemukakan selepas Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan bagi mengurangkan kehadiran pemohon ke

Pejabat JKM Daerah serta membolehkan permohonan dibuat di kawasan zon merah.

Artikel Berkaitan:

“Proses siasatan pemohon dilaksanakan secara temubual dalam talian dan berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.

“Maklumat tambahan boleh diminta melalui e-mel, aplikasi WhatsApp atau pemohon atau perujuk boleh menghantar maklumat yang diperlukan di pejabat.

“Siasatan bersemuka boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian dan bergantung kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa,” katanya.