X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Harga ayam naik: KPDNHEP Melaka keluar empat notis

Norena (kiri) dan Ismail (tengah) ketika operasi pemantauan harga barangan di sebuah pasar raya di Peringgit, Melaka pada Rabu.
A
A

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka akan mengeluarkan empat notis kepada tiga pengilang dan satu pengimport bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenaikan harga ayam mentah.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, Notis Pengesahan Maklumat Barangan atau Perkhidmatan serta Notis Bertulis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011 akan dikeluarkan pada minggu ini berikutan rungutan pengguna berhubung harga ayam mentah meningkat di beberapa tempat.

Beliau berkata, pihak berkenaan perlu mengemukakan dokumen kos pengoperasian jualan ayam dalam tempoh tiga tahun selain menggerakkan operasi rantaian jualan ayam di 13 lokasi membabitkan penternak, peladang, pemborong dan peruncit.

"Kita lakukan secara serentak. Daripada situ kita akan lihat sama ada kenaikan harga bermula dari ladang atau rantaian (pengilang), atau di peringkat peruncit itu sendiri.

"Kita mula dari awalan sehingga akhir dan membuat siasatan mencari punca bermulanya kenaikan harga in,i" katanya kepada pemberita ketika operasi pemantauan harga barangan di sebuah pasar raya di Peringgit di sini pada Rabu.

Hadir sama ialah Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ismail Othman.

Norena berkata, sebanyak lima pasukan penguat kuasa terdiri daripada 30 anggota akan menjalankan pemantauan bagi memastikan harga ayam di negeri ini dijual dengan harga berpatutan.

Pihaknya bagaimanapun tidak menolak kenaikan harga ayam mendadak ini disebabkan segelintir peniaga mengambil kesempatan terhadap bekalan terbabit berikutan peralihan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan 'dine-in' di kedai makan.

"Setakat ini kita mendapati harga ayam termurah ialah RM5.99 sekilogram dan paling tinggi ialah RM9.80 sekilogram. Isu ini juga telah memberi kesan kepada kenaikan harga telur yang dijual di pasaran ketika ini," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!