Lelaki bawa dadah, air ketum ditahan

Dadah jenis heroin dan air ketum yang dirampas.
Dadah jenis heroin dan air ketum yang dirampas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki selepas mendapati memiliki sepaket plastik dadah jenis heroin dan sebungkus cecair disyaki air ketum di Taman Damai Jaya dekat Skudai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kedua-dua suspek ditahan oleh anggota Ops Cegah Jenayah Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

"Dua lelaki tempatan yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC telah ditahan di kawasan Jalan Tenang 11, Taman Damai Jaya, Skudai.

"Hasil pemeriksaan fizikal terhadap mereka menemui satu beg silang yang mengandungi sepaket plastik dadah jenis heroin dan sebungkus cecair disyaki air ketum," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah jenis THC.

"Tangkapan dan rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, dua lelaki tempatan yang menaiki kereta Perodua Alza disyaki terlibat dalam penyeludupan minuman keras ditahan di kawasan Jalan Persisiran Perling, di sini, semalam.

Minuman keras yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan yang dirampas.
Minuman keras yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan yang dirampas.

Artikel Berkaitan:

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut menemui 22 karton arak pelbagai jenama dan mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras di sekitar Johor Bahru.

"Tangkapan dan rampasan dibawa balik ke IPD Johor Bahru Utara untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam dan Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990," katanya.