Portugal patut menang lebih besar

Pemain Portugal, Bernardo Silva (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Azerbaijan, Gara Rarayev pada aksi kelayakan berkenaan pada Rabu. Foto: EPA
Pemain Portugal, Bernardo Silva (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Azerbaijan, Gara Rarayev pada aksi kelayakan berkenaan pada Rabu. Foto: EPA
A
A
A

PENGENDALI Portugal, Fernando Santos menyifatkan skuad kendaliannya itu seharusnya memang dengan jaringan lebih besar ketika berdepan Azerbaijan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Olimpik Baku pada Rabu.

Katanya, biarpun mencipta banyak peluang gol pada perlawanan berkenaan, namun hanya tiga daripada peluang berkenaan berjaya menghasilkan jaringan.

Justeru menurutnya, perkara seperti perlu diatasi pada bagi memastikan skuad berkenaan mampu melakar kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

“Secara keseluruhannya, kita berpuas hati atas kemenangan ini; namun satu-satunya perkara yang menjadi masalah adalah dari segi jaringan yang kita hasilkan. Kita seharusnya memperolehi jaringan lebih besar.

“Oleh itu, keputusan hari ini telah menunjukkan apabila pasukan beraksi tanpa mengikut arahan dan beraksi dengan tersusun maka ia akan menghasilkan keputusan yang kurang memuaskan.

“Kita boleh saksikan pemain berlari dengan lebih banyak untuk mengejar bola dan apabila mereka berjaya mengejar bola, mereka perlu berdepan dengan beberapa rintangan lain hingga menyebabkan mereka berputus asa akibat keletihan,” katanya.

Pada aksi kelayakan berkenaan, Portugal yang beraksi tanpa Cristiano Ronaldo yang menjalani penggantungan perlawanan menjaringkan gol menerusi Bernardo Silva pada minit ke-26, Andre Silva (min-31) dan Diogo Jota (min-75).

Dalam pada itu, Santos turut kagum dengan corak bertahan yang dipamerkan Azerbaijan pada perlawanan berkenaan yang ternyata memberikan kesukaran buat jentera serangan Portugal.

Artikel Berkaitan:

“Azerbaijan telah menggunakan formasi 4-3-3 setelah kita menjaringkan gol kedua dan ia menjadikan pergerakan kami bertambah sukar untuk melepasi benteng pertahanan mereka.

“Oleh itu, bagi saya, perkara ini perlu diatasi dengan memastikan jentera serangan kita lebih tajam pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.