Seorang terbunuh akibat gempa bumi kuat di Mexico

Sebuah kereta ditimpa runtuhan struktur bangunan sebuah hotel di Acapulco akibat gempa bumi kuat pada Selasa. - Foto AFP
Sebuah kereta ditimpa runtuhan struktur bangunan sebuah hotel di Acapulco akibat gempa bumi kuat pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

ACAPULCO - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda kawasan dekat bandar pelancongan Acapulco sehingga menyebabkan seorang terbunuh di Mexico pada Selasa.

Gempa bumi itu mengakibatkan bangunan bergoyang di bandar raya Mexico yang terletak ratusan kilometer jauhnya dari Acapulco.

Pusat gempa bumi itu terletak 11 kilometer dari tenggara Acapulco, negeri Guerrero, kata Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki terbunuh selepas ditimpa sebatang tiang tenaga berdekatan bandar Coyuca de Benitez, kata Gabenor negeri Guerrero, Hector Astudillo.

Tiang-tiang tenaga tumbang dan menimpa sejumlah kenderaan di Acapulco, menurut seorang koresponden AFP.

Para pelancong turut mengosongkan hotel-hotel selepas satu siri gegaran gempa bumi itu berlaku.

Gegaran gempa bumi itu turut dirasakan di sebahagian tempat di bandar raya Mexico menyebabkan sejumlah penduduk dan pelancong menyelamatkan diri keluar dari rumah dan hotel. - Agensi

Artikel Berkaitan: