Dr Adham bos pertama saya: Khairy

Khairy (kanan) secara peribadi sifatkan kerjasama beliau bersama Dr Adham terjalin sejak di awal pembabitannya dalam politik. - Foto fail Bernama
Khairy (kanan) secara peribadi sifatkan kerjasama beliau bersama Dr Adham terjalin sejak di awal pembabitannya dalam politik. - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan diteruskan terutamanya dalam penghasilan vaksin untuk manusia serta peranti perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara peribadi menyifatkan kerjasama beliau bersama Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba terjalin sejak di awal pembabitannya dalam politik.

"Ramai tidak tahu, Dr Adham sebenarnya bos pertama saya dalam politik," katanya.

Menurutnya, pada ketika itu, Dr Adham memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO manakala Khairy sebagai Setiausaha.

"Saya kuli beliau dulu dan masih lagi...," katanya dalam ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas Menteri MOSTI di sini pada Rabu.

Khairy berkata, KKM akan terus memberi sokongan kepada MOSTI untuk menghasilkan vaksin seperti Pelan Vaksinasi Antarabangsa yang kini sedang dilaksanakan di kementerian itu.

"Kita sudah ada vaksin untuk haiwan tetapi tidak ada vaksin manusia di Malaysia," katanya.

Ujar beliau, ini penting untuk memastikan keperluan negara pada masa akan datang dipenuhi tanpa perlu lagi membeli vaksin dari luar negara.

Artikel Berkaitan:

Khairy sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Menteri MOSTI bertukar portfolio dengan Dr Adham selepas pucuk pimpinan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pertengahan bulan lalu.