Pencuri larikan barangan kemas RM49 juta di Paris

Beberapa anggota polis mengawal kedai barangan kemas Bulgari selepas rompakan berlaku pada Selasa. - Foto AFP
Beberapa anggota polis mengawal kedai barangan kemas Bulgari selepas rompakan berlaku pada Selasa. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Sekumpulan pencuri merompak sebuah kedai Bulgari di Paris pada Selasa dan melarikan sejumlah barangan kemas bernilai kira-kira 10 juta euro (RM49 juta), kata satu sumber polis kepada AFP.

Kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari di ibu kota Perancis itu dan polis kemudian tiba di tempat kejadian selepas rompakan tersebut, kata sumber polis.

Polis mengejar perompak tersebut dan menangkap dua suspek.

Salah seorang suspek memandu kereta BMW, manakala dua lagi suspek menunggang skuter.

Kereta BMW itu kemudian ditinggalkan di sebuah kawasan, manakala seorang lagi suspek ditemui bersembunyi di tempat parkir di sebuah pusat beli-belah.

Pada 27 Julai lalu, seorang lelaki merompak sejumlah barangan kemas bernilai dua juta euro (RM9.85 juta) di sebuah butik Chaumet di Paris sebelum melarikan diri dengan menaiki skuter elektrik.

Namun, seorang suspek rompakan itu berjaya ditangkap bersama rakan subahatnya dan kebanyakan barangan kemas ditemui.

Tiga hari kemudian, dua lelaki bersenjatakan pistol elektrik dan gas pemedih mata merompak sebuah kedai barangan kemas Dinh Van di tengah Paris menyebabkan kerugian kira-kira 400,000 euro (RM1.9 juta). - Agensi

Artikel Berkaitan: