Lima bekas tentera tidak berpencen dirai

Mohd Hamdan menunjukkan kakinya yang dipotong kepada Fauziah(kiri). Turut kelihatan Sharifah Salwa (kanan).
Mohd Hamdan menunjukkan kakinya yang dipotong kepada Fauziah(kiri). Turut kelihatan Sharifah Salwa (kanan).
A
A
A

SEREMBAN - Lima bekas tentera tidak berpencen di sekitar daerah ini diraikan sebagai mengenang jasa dan khidmat bakti mereka kepada negara dalam satu program khidmat sosial anjuran Pejabat Penerangan Seremban.

Ketua Pejabat Penerangan Daerah Seremban, Fauziah Abdullah berkata, program dengan kerjasama Kelab Media Negeri Sembilan(MANIS) dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) MyFundAction serta Al Baasith itu turut menyerahkan sumbangan barangan kepeluan kepada kelima-lima bekas tentera tersebut.

"Program ini dua dalam satu iaitu menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terjejas dan menghargai jasa individu yang pernah menabur bakti kepada negara.

"Kita pilih bekas tentera tidak berpencen kerana sebahagian mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, bekas tentera, Mohd Hamdzan Borhan, 68, yang kini bergelar orang kelainan upaya (OKU) melahirkan rasa syukur atas keprihatinan dan kunjungan ke rumahnya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang datang menjenguk dan memberi sumbangan kepada bekas tentera tidak berpencen seperti saya yang ramai dalam kalangan kami hidup dalam kesusahan kerana tidak ada pencen.

"Saya juga menghidap diabetes yang mengakibatkan sebelah kaki terpaksa dipotong. Kini anak-anaklah yang menjaga saya,"katanya.

Hadir sama, Pengerusi NGO, Al Baasith, Mohd Khairul Nizam Khairuddin, Pengerusi MANIS, Arfi

Artikel Berkaitan: