Maloney puji aksi positif pemain

Aksi pemain B-20 negara ketika berhadapan Skuad Projek FAM-MSN di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, pada Isnin.
Aksi pemain B-20 negara ketika berhadapan Skuad Projek FAM-MSN di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, pada Isnin.
A
A
A

PENGENDALI Skuad bawah 20 (B-20) tahun negara, Brad Maloney menyifatkan para pemainnya telah menampilkan persembahan positif ketika seri tanpa jaringan dengan Skuad Projek FAM-MSN di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, pada Isnin.

Menurutnya, beberapa pemain juga telah menunjukan kualiti dan usaha keras untuk memastikan terpilih dalam senarai panggilan akhir ke kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022, bulan depan.

"Semua pemain dapat minit bermain dan ia bagus kerana ia objekitf utama hari ini untuk memastikan pemain dapat minit bermain secukupnya. Malah, Skuad Projek FAM-MSN juga memberikan satu perlawanan yang baik kepada kami.

"Perkara positif adalah beberapa pemain yang ada telah menyinar dan menunjukkan mereka bersungguh-sungguh untuk berada dalam senarai akhir call up ini. Ia akan memberikan saya sesuatu untuk difikirkan dalam memilih pemain nanti.

"Call up akan dibuat apabila Liga Malaysia berakhir, mengumpulkan mereka semua untuk berlatih dan kemudiannya bertolak ke Mongolia untuk perlawanan kelayakan itu nanti," katanya.

Aksi persahabatan tersebut menyaksikan skuad kendalian Maloney itu selesai kem latihan pusat fasa satu selama sembilan hari bermula 30 Ogos lalu bagi persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021.

Dalam pada itu, pengendali Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah yakin skuad yang dibimbing Maloney itu mempunyai kualiti jika diberikan lebih masa untuk bersama dalam sesi latihan.

"Pasukan B-20 ini bagi saya baik daripada segi abiliti para pemain dan saya melihat corak permainan merka cukup ampuh. Tetapi mungkin dengan masa yang Coach Brad ada, mungkin beliau akan menggunakan masa yang ada selepas ini untuk memperkemaskan permainan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya, setiap pemain yang berada di atas padang tadi mempunyai kualiti yang tersendiri. Untuk usia pemain 20 tahun ini adalah kelompok terbaik yang Coach Brad ada dan saya rasa pasukan ini bagus untuk masa depan pasukan negara," katanya.