Sila log masuk terlebih dahulu.

Keluarga Malaysia dan cabaran 100 hari kerajaan

07 September 2021 | Wacana
A
A
A

Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum demi keutuhan negara dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Bagaimanapun Perdana Menteri turut menetapkan setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Justeru, mampukah setiap kementerian membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran ditetapkan selama 100 hari?

Mampukah barisan Kabinet baharu ini bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan 'Keluarga Malaysia' daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik dengan turut menekankan budaya kerja berprestasi tinggi?