Pengambilan khas guru: Mohd Radzi bermesyuarat bersama SPP

Mohd Radzi memuat naik gambar mesyuarat yang diadakan secara maya bersama Pengerusi SPP pada Selasa.
Mohd Radzi memuat naik gambar mesyuarat yang diadakan secara maya bersama Pengerusi SPP pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengadakan mesyuarat secara maya bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pada Selasa bagi membincangkan mengenai status pengambilan khas 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.

Menurut beliau, mesyuarat yang diadakan pada Selasa itu turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan SPP.

“Saya yakin, SPP selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sentiasa komited membantu KPM dalam mempercepatkan pengisian kekosongan jawatan guru.

“Usaha ini akan dapat melancarkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. KPM sentiasa komited untuk terus laksanakan yang terbaik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada 20 Jun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pengambilan khas guru secara one-off bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

SPP dalam satu kenyataan pada 6 Julai lalu memaklumkan bahawa pengambilan khas itu akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada daripada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.

Artikel Berkaitan: