311 kematian hari ini, 93 kes di luar hospital

Negara terus menyaksikan peningkatan jumlah korban akibat Covid-19 dengan kematian terbaharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini ialah sebanyak 311 kes.
Negara terus menyaksikan peningkatan jumlah korban akibat Covid-19 dengan kematian terbaharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini ialah sebanyak 311 kes.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Negara terus menyaksikan peningkatan jumlah korban akibat Covid-19 dengan kematian terbaharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini ialah sebanyak 311 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah daripada jumlah itu, sebanyak 270 kes melibatkan warganegara sementara bakinya, 31 pula terdiri daripada bukan warganegara.

Beliau turut memaklumkan, KKM merekodkan 93 kes kematian sebelum tiba di hospital (BID) yang melibatkan 68 warganegara dan 25 bukan warganegara.

"Kes kematian membabitkan 270 rakyat tempatan dan 41 warga asing dengan jumlah keseluruhannya, 18,802 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,318 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 341 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

"Sebanyak 735 kes termasuk 477 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan yang memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, sebanyak 18,902 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatifnya 1,609,930 kes.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti 39 kluster baharu yang terdiri daripada 23 kluster tempat kerja, dan 13 kluster komuniti," katanya.

KKM pada Selasa melaporkan18,547 kes baharu Covid-19 dengan Sarawak kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian, iaitu 3,200 kes.

Artikel Berkaitan: