Dua lokaliti di Sabah dikenakan PKPD mulai Khamis: MKN

Dua lokaliti di Sabah dikenakan PKPD mulai 9 hingga 22 September ini susulan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan trend jangkitan Covid-19 di kawasan terbabit. Gambar hiasan
Dua lokaliti di Sabah dikenakan PKPD mulai 9 hingga 22 September ini susulan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan trend jangkitan Covid-19 di kawasan terbabit. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 9 hingga 22 September ini susulan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan trend jangkitan Covid-19 di kawasan terbabit.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan lokaliti itu melibatkan Kampung Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau.

PKPD di Kampung Rempayan Laut, Kota Belud juga di Sabah yang sepatutnya tamat esok pula dilanjutkan bagi tempoh sama sehingga 22 September.

Sementara itu, PKPD yang dilaksana di tiga lokaliti di Pahang dan lapan di Sabah ditamatkan hari ini seperti dijadualkan manakala lapan lagi PKPD di Sabah, dua di Pahang serta tiga di Kelantan turut ditamatkan hari ini, masing-masing lebih awal daripada yang ditetapkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: