'Terbuang barang kemas dalam timbunan sampah'

Seorang wanita bernasib baik kerana barang kemas yang dibuang tanpa sengaja ke dalam tong sampah ditemui semula dengan bantuan pekerja pembersihan.
Seorang wanita bernasib baik kerana barang kemas yang dibuang tanpa sengaja ke dalam tong sampah ditemui semula dengan bantuan pekerja pembersihan.
A
A
A

SIK - Seorang wanita bernasib baik kerana barang kemas yang dibuang tanpa sengaja ke dalam tong sampah ditemui semula dengan bantuan pekerja pembersihan.

Kejadian yang tular di media sosial menerusi satu video berdurasi 2 minit 50 saat itu memaparkan kerja-kerja pencarian barang kemas dilakukan oleh wanita terbabit dengan bantuan petugas pekerja Environment Idaman.

Dalam video tersebut, kelihatan longgokan sampah yang telah dikutip dan dimasukkan ke dalam lori telah dipunggah semula bagi membantu usaha pencarian barang kemas yang hilang.

Wanita berkenaan datang ke depoh untuk meminta bantuan mencari barang kemas yang hilang dikatakan telah dibuang tanpa sengaja ke dalam tong sampah.
Wanita berkenaan datang ke depoh untuk meminta bantuan mencari barang kemas yang hilang dikatakan telah dibuang tanpa sengaja ke dalam tong sampah.

Usaha itu bagaimanapun membuahkan hasil apabila barang kemas yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit diletakkan dalam sebuah kotak hijau ditemui semula dalam timbunan sampah.

Seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Mat, 40-an berkata, wanita berkenaan datang ke depoh untuk meminta bantuan mencari barang kemas yang hilang dikatakan telah dibuang tanpa sengaja ke dalam tong sampah.

Menurutnya, kerja-kerja memunggah sampah dilakukan kira-kira jam 8 pagi dibantu pekerja pembersihan setelah wanita itu datang meminta bantuan.

"Menyedari wanita itu datang meminta bantuan, atas budi bicara kita cuba untuk mencari barang kemas yang dikatakan hilang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Dalam tempoh kira-kira setengah jam pencarian, akhirnya barang kemas yang hilang berjaya ditemui di sebalik timbunan sampah yang dikutip kemudian dikumpulkan semula.

"Dia bernasib baik kerana sampah dikutip di tempat tinggal wanita itu adalah trip terakhir kutipan semalam, jadi tak banyak yang perlu dipunggah," ujarnya.

Video tular menunjukkan pekerja Environment Idaman membantu mencari barang kemas yang hilang.
Video tular menunjukkan pekerja Environment Idaman membantu mencari barang kemas yang hilang.

Menurutnya, sebelum ini wanita itu telah ke lokasi pelupusan sampah di Kulim, namun sampah yang dikutip dari lokasi rumahnya masih belum tiba.

"Disebabkan itu, dia datang ke depoh untuk mencarinya di sini," jelasnya bahawa ia kejadian pertama pencarian barang kemas yang hilang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit dalam timbunan sampah.

"Kami faham, barang yang hilang adalah barang berharga, jadi kita bantu, Alhamdulillah jumpa, kalau tidak, jenuh juga tanggung kerugian besar," katanya.