MyFood@Wilayah diperluas ke rumah kos rendah swasta

Shahidan (kanan) menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penduduk di Pangsapuri Taman Muhibbah,Taman Desa pada Selasa.
Shahidan (kanan) menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penduduk di Pangsapuri Taman Muhibbah,Taman Desa pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program MyFood@Wilayah diperluaskan kepada penduduk miskin bandar di kawasan perumahan dan pangsapuri kos rendah swasta di ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, sebelum ini bantuan itu diberikan kepada penduduk di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, sebanyak 15,000 bakul makanan akan diagihkan kepada isi rumah di bawah senarai Prihatin Kasih Wilayah Persekutuan secara berperingkat bermula Selasa.

"Setiap bakul makanan bernilai RM50 di bawah peruntukan RM750, 000 itu akan diagihkan kepada 20.61 peratus penduduk PA/PPR DBKL dan 79.3 peratus kepada komuniti miskin di perumahan atau pangsapuri kos rendah," katanya ketika sesi penyerahan bantuan Bakul Makanan MyFood@Wilayah kepada penduduk di Taman Desa, di sini pada Selasa.

Katanya, program diperkenalkan sejak November tahun lepas itu telah dilaksanakan sebanyak lima kali sebelum ini yang memberikan manfaat kepada 32,000 isi rumah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3. 1 juta.

Beliau berharap inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Yayasan Wilayah Persekutuan itu membantu keluarga kurang berkemampuan menangani masalah kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Artikel Berkaitan: