Lebih 5.7 juta rakyat Kazakhstan lengkap dos vaksin

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NUR-SULTAN - Seramai 5,711,392 penduduk Kazakhstan telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 sehingga Selasa, lapor Agensi Berita Kazakhstan (KAZINFORM).

Kementerian Kesihatan menerusi akaun Telegram memaklumkan seramai 6,882,241 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat ini.

Sementara itu, sebanyak 3,583 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: