X

Kindly register in order to view this article
!

Pengundi muda sudah buat keputusan awal

Kamaruddin
A
A

MELAKA - Pas Melaka percaya faktor pengundi muda yang mula berpihak kepada BN turut menjadi penentu keputusan PRK di Semenyih semalam.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, walaupun serangan demi serangan secara bersepadu oleh PH begitu kuat disaat-saat akhir tetapi beliau beranggapan pengundi sudah membuat keputusan lebih awal.

"Tidak dapat dinafikan undi penyokong Pas begitu signifikan dengan keputusan tersebut namun ia ditambah lagi dengan 'swing' pengundi muda yang pernah mengundi PH pada PRU14 lalu telah beralih arah kepada BN.

"Pada saya ada tiga faktor kemenangan BN kali ini, pertama, faktor karektor calon PH yang tidak meyakinkan pengundi, kedua, isu kepincangan manifesto PH yang masih tertangguh dan ketiga adalah kerjasama Pas dan UMNO yang mantap," katanya.

Keputusan PRK di Semenyih semalam menyaksikan, kemenangan calon BN, Zakaria Hanafi, selepas memperoleh 19,780 undi menewaskan calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 undi.

Manakala, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul memperolehi 847 undi dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, 725 undi.

PRK terpaksa diadakan berikutan kematian penyandang kerusi di DUN Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung.