ATM tunggu lampu hijau KKM tambah Hospital Medan

Dengan kepakaran pasukan perubatan ATM, seramai 877 daripada 944 pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di Hospital Medan ATM di HSA Johor Bahru telah sembuh sekali gus dibenarkan pulang. - Foto ihsan FB Hishammuddin Hussein
Dengan kepakaran pasukan perubatan ATM, seramai 877 daripada 944 pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di Hospital Medan ATM di HSA Johor Bahru telah sembuh sekali gus dibenarkan pulang. - Foto ihsan FB Hishammuddin Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini hanya menunggu lampu hijau atau isyarat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah Hospital Medan di negeri-negeri yang memerlukan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu sebagaimana yang diumumkan beliau sebelum ini.

"Saya telah sebut baru-baru ini bahawa Hospital Medan akan segera ditambah di negeri-negeri yang memerlukan. ATM kini hanya tunggu lampu hijau KKM untuk diaturgerak.

"Covid-19 ialah musuh negara. Menerusi apa jua cara, ATM akan peranginya demi nyawa rakyat, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan tanah air!" katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

ATM sedia menggerakkan aset, kepakaran serta kepimpinan ke lima negeri yang mencatatkan penularan Covid-19 yang tinggi dalam masa terdekat.
ATM sedia menggerakkan aset, kepakaran serta kepimpinan ke lima negeri yang mencatatkan penularan Covid-19 yang tinggi dalam masa terdekat.

Khamis lalu, Hishammuddin dilaporkan berkata, ATM akan menggerakkan aset, kepakaran serta kepimpinan ke lima negeri yang mencatatkan penularan Covid-19 yang tinggi dalam masa terdekat melibatkan Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sembrong itu memberitahu, dengan kepakaran pasukan perubatan ATM, seramai 877 daripada 944 pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di Hospital Medan ATM di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru telah sembuh sekali gus dibenarkan pulang.

Katanya, Hospital Medan yang berkapasiti 80 katil biasa dan empat katil unit rawatan rapi (ICU) itu beroperasi sejak 21 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Saya amat bangga dan hargai kesungguhan anggota-anggota Tentera Darat Malaysia khususnya dari Kor Kesihatan Diraja yang sentiasa sanggup merisikokan diri serta bertugas sebilang masa demi membantu pasukan KKM perangi Covid-19.

"Semestinya usahasama ATM-KKM ini akan terus diperkukuh," katanya.